Goodluck Jonathan
Goodluck Jonathan

Goodluck Jonathan

Goodluck Ebele Jonathan (lahir 20 November 1957)[1] ialah seorang ahli politik Nigeria yang berkhidmat selaku Presiden Nigeria ke-14 dari tahun 2010 ke 2015.Beliau pernah menjadi Gabenor Negeri Bayelsa dari 9 Disember 2005 hingga 28 Mei 2007, kemudian mengangkat sumpah sebagai Timbalan Presiden Republik Persekutuan Nigeria pada 29 Mei 2007. Jonathan ialah seorang ahli parti pemerintah Parti Demokratik Rakyat (PDP). Pada 13 Januari 2010, mahkamah persekutuan menyerahkan kuasa kepadanya untuk menguruskan hal-ehwal dalam negeri ketika Presiden Umaru Yar'Adua menerima rawatan perubatan di sebuah hospital di Arab Saudi. Kuasa Jonathan sebagai Pemangku Presiden disahkan oleh usul dari Senat Nigeria pada 9 Februari 2010.[2] Berikutan kematian Yar'Adua, Jonathan mengangkat sumpah selaku Presiden pada 6 Mei 2010. Beliau kemudian memenangi pilihan raya presiden pada 16 April 2011.[3]Jonathan akhirnya kalah pada pilihan raya 2015 dan digantikan oleh Muhammadu Buhari pada 29 Mei 2015.